Pengenalan Hari Akademia
5 Oktober merupakan Hari Guru Sedunia yang diraikan sejak 1994. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei bersempena pelancaran Penyata Razak pada 16 Mei 1956. Sambutan Hari Akademia disambut pada 5 Oktober seiring dengan sambutan Hari Guru Sedunia dan disasarkan kepada para pensyarah di IPTA (UA, Politeknik, Kolej Komuniti), IPG, Kolej Matrikulasi dan Institut Latihan dan Kemahiran (ILK) bawah seliaan KPM atau kementerian lain. Anugerah Akademik Negara (AAN) akan menjadi acara kemuncak kepada sambutan Hari Akademia dengan penganugerahan Tokoh Akademik Negara.
Politeknik dan Kolej Komuniti mengambil peranan memeriahkan sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia di institusi masing-masing sepanjang bulan Oktober dan pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti Bicara Akademia, Wacana Intelek, Kuiz dalam Talian, Pertandingan Video Hari Akademia, Pengiktirafan Akademia dan Webinar Akademia.
Â
Â
Anugerah Akademia POLYCC (AA POLYCC)
Anugerah Akademia POLYCC (AA POLYCC) menjadi platform bagi memberi penghargaan dan pengiktifaran kepada para akademia Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai aspek seperti Kesukarelawanan, Kokurikulum, Keusahawanan, Pembelajadan dan Pengajaran (PdP), Penyelidikan dan Inovasi, Penerbitan, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Kolaborasi. AA POLYCC diharap dapat memberikan motivasi kepada semua akademia Politeknik dan Kolej Komuniti untuk terus berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh agar prestasi pendidikan TVET dapat terus dipertingkatkan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
SEKRETARIAT ANUGERAH AKADEMIA POLYCC (AA POLYCC)
BAHAGIAN GOVERNAN DAN KECEMERLANGAN (BGK)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 7 Galeria PJH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon : 03-8888 2250 / 3710 / 3372 / 3101
E-mel : jppkk.aapolycc@mohe.gov.my
Â
Sistem Permohonan Anugerah Akademia POLYCC (AA POLYCC)
Â