Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pelajar PTSN dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).MATEPM merupakan anugerah kemahiran berprestij negara yang mengiktiraf kecemerlangan bakat, kemahiran dan kompetensi peserta dalam bidang TVET.
Dalam pertandingan WORLD SKILLS MALAYSIA UNIVERSITY CHALLENGE (WSMUC), dua orang pelajar PTSN telah mewakili institusi dalam bidang Chemical Laboratory Technology dan berjaya mengharumkan nama PTSN melalui pencapaian yang membanggakan.
Lebih membanggakan, PTSN telah berjaya meraih:
PINGAT PERAK + WANG TUNAI RM1,000
Butiran Pencapaian:
– Nor Azila Binti Maskam
– ChM. Muhammad ‘Azim Bin Jamaluddin
Selain itu, Muhammad Haziq Bin Ahmad Razali (Program DCE) turut berjaya menerima Sijil Kecemerlangan dalam MATEPM 2026.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada kedua-dua pelajar serta barisan jurulatih atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PTSN untuk terus mencapai kecemerlangan dan melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
PTSN TERUS MELAKAR KECEMERLANGAN!