MUAR, 23 November 2026 – Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) hari ini menerima seramai 151 orang pelajar baharu bagi kemasukan Diploma Sesi II 2026/2027 dalam satu sesi pendaftaran yang berlangsung di Ruang Serbaguna Al-Bukhari, PTSN.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 82 orang merupakan pelajar lelaki manakala 69 orang lagi ialah pelajar perempuan. Kemasukan kali ini melibatkan lima program pengajian yang ditawarkan oleh PTSN, merangkumi bidang kejuruteraan dan teknologi.
Pecahan pendaftaran mengikut program adalah seperti berikut:
– Diploma Kejuruteraan Kimia – 13 orang
– Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) – 13 orang
– Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi – 43 orang
– Diploma Teknologi Lemak dan Minyak – 39 orang
– Diploma Teknologi Makanan – 43 orang
Sesi pendaftaran ini turut dihadiri oleh Pengarah PTSN, Ts. Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), ChM Mohd Junaidi bin Mohd Nasir serta Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP), Mohd Azhar bin Ibrahim.
Kehadiran barisan pengurusan tertinggi ini mencerminkan komitmen pihak politeknik dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelancaran proses kemasukan pelajar baharu sentiasa diberi perhatian.
Pendaftaran ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan baharu para pelajar dalam menimba ilmu, membina kemahiran serta mengembangkan potensi diri dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Semoga seluruh pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, memanfaatkan peluang pembelajaran yang disediakan dan seterusnya mencipta kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian di PTSN.
Selamat datang dan tahniah menjadi sebahagian daripada keluarga besar PTSN!