Perpindahan Kredit

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sering menerima permohonan daripada pelajar berkaitan permohonan kurikulum untuk tujuan pemberian pindahan kredit oleh lulusan politeknik yang menyambung pengajian ke IPTA/IPTS.

Sehubungan dengan itu, JPP ingin memaklumkan tatacara permohonan kurikulum yang perlu dipatuhi oleh pihak lulusan politeknik. Pemohon(lulusan politeknik) perlu mengemukakan maklumat seperti berikut :

  1. Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila serta nama penuh, no matrik, alamat terkini, no tel dan e-mel).
  2. Transkrip akademik Diploma/Sijil yang telah disahkan.
  3. Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan.
  4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan

Permohonan bertulis hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis "PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT" di penjuru sebelah kiri sampul.

Pemohon boleh menghantar permohonan lengkap secara bertulis/e-mel kepada :

 Pengarah Kanan (Akademik)
Jabatan Pengajian Politeknik
Galeria PjH, aras 5, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint
462100 Putrajaya

(u.p: En Harun bin Sahat) 

http://www.politeknik.gov.my