Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA

Penubuhan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK) bertujuan untuk menampung permintaan yang tinggi untuk keperluan industri dan komuniti dalam bidang petrokimia. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail merupakan politeknik yang kedua selepas Politeknik Kuching Sarawak yang menawarkan program dalam bidang petrokimia.

JKPK menawarkan empat program iaitu;
. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) - DPE
. Diploma Kejuruteraan Kimia - DCE
. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia) - DPC
. Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Instrumentasi – DEI

DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan dalam kejuruteraan proses dan kejuruteraan petrokimia supaya dapat diadaptasikan dalam industri proses. Pendekatan pembelajaran dan latihan adalah melalui teori dan amali melalui bengkel, loji mini, simulasi proses dan makmal.



DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan  teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia. Pendekatan latihan adalah melalui teori dan amali seperti pengoperasian bengkel, loji mini, simulasi proses dan uji kaji di makmal. Secara ilmiah, pengetahuan dalam kejuruteraan kimia terangkum dalam beberapa kursus berkaitan (Kualiti Alam Sekitar dan Kawalan Pencemaran, Tindakbalas Kimia, Kimia Organik dan Sains Bahan).