Jabatan Matematik, Sains & Komputer

::JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER::
============================================

PENGENALAN
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah merupakan jabatan sokongan kepada jabatan induk di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN). Ianya ditubuhkan bagi menyokong kepada kursus berteraskan sains dan teknologi. Ia menawarkan kursus-kursus seperti Matematik Kejuruteraan dan Sains Kejuruteraan kepada para pelajar. Pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer terdiri daripada para profesional yang terlatih dalam bidang masing-masing.

VISI
Menjadi jabatan sokongan akademik yang cemerlang dalam Politeknik KPT serta menyokong pemberi latihan kepada pelajar bidang matematik dan sains.

MISI
Menyediakan pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang efektif dan efisyen kepada semua pelajar serta membentuk pensyarah yang berketerampilan tinggi dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang matematik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kimia dan kejuruteraan.

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. DBM1013 – Engineering Mathematics 1
    Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester satu untuk kedua-dua program di JKPK dan JTKM. Topik yang dipelajar ialah Basic Algebra, Trigonometry, Complex Number, Matrix  and Vector & Scalar. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik pengiraan serta penyelesaian terhadap masalah matematik.
  1. DBM2013 - Engineering Mathematics 2
    Kursus ini wajib diambil oleh pelajar semester dua bagi semua program di JKPK sahaja. Topik yang         dipelajari ialah Exponents & Logarithms, Differentiation dan Integration yang merupakan asas kepada pelajar   kejuruteraan.
  1. DBM3013 - Engineering Mathematics 3
    Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester tiga bagi program di JKPK sahaja iaitu DPE, DPC dan DCE. Topik yang dipelajari ialah Statistics & Probability, Numerical Method, Linear Programming dan Ordinary Differential Equation. Pra-syarat untuk mengambil kursus ini ialah pelajar wajib lulus DBM 2013 - Engineering Mathematics 2.
  1. DBM3023 - Engineering Mathematics 3
    Kursus ini wajib diambil oleh pelajar semester tiga bagi program DEI di JKPK. Topik yang dipelajari ialah Statistics & Probability, Numerical Method, Laplace Transform dan Ordinary Differential Equation. Pra-syarat untuk mengambil kursus ini ialah pelajar wajib lulus DBM 2013 - Engineering Mathematics 2.
  1. DBS1012 - Sains Kejuruteraan
    Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester satu di JKPK. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan  konsep teori dan juga amali.  Topik yang dipelajari ialah Physical Quantities & Measurement, Linear Motion, Force, Work, Energy & Power dan Solid & Fluid.


::CARTA ORGANISASI JABATAN::
================================

 

::FASILITI::
==============