Jabatan Teknologi Kimia & Makanan



Jabatan Teknologi Kimia Dan Makanan  (JTKM) menawarkan program yang berkaitan dengan teknologi makanan dan juga  teknologi kimia. Memandangkan perkembangan yang sangat pesat dalam tenaga kerja yang memerlukan kemahiran tinggi dalam industri makanan sejajar dengan sasaran kerajaan yang mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub  untuk makanan halal dalam era globalisasi. Salah satu faktor utama untuk memastikan sasaran ini tercapai, tenaga kerja yang berkelayakan diperlukan dalam bidang ini, bagi memastikan industri tesebut membangun dan berdaya saing dengan pasaran dunia.

JTKM menawarkan dua (2) Program peringkat Diploma:

1. Diploma Teknologi Makanan - DTM
2. Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) – DFO


PENGENALAN PROGRAM

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN merupakan program pengajian yang bertujuan melahirkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang teknologi makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan, sektor kerajaan dan keusahawanan. Struktur program memberi tumpuan kepada pemprosesan makanan, sains makanan, kawalan kualiti makanan, analisis makanan, mikrobiologi makanan, dan analisis Instrumentasi.



DIPLOMA TEKNOLOGI KIMIA (LEMAK DAN MINYAK) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam disiplin dan sub-bidang lemak dan minyak ,dan teknologi kimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan lemak dan minyak serta pendidikan oleokimia di peringkat separa profesional untuk memenuhi tuntutan kedua-dua sektor awam dan swasta. 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARTA ORGANISASI JTKM 2018