Client’s Charter

PIAGAM PELANGGAN
Dengan penuh iltizam dan rasa tanggungjawab Politeknik Tun Syed Nasir    Ismail berjanji memastikan:-

1. Pemberian perkhidmatan separa professional dilaksanakan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam dasar kualiti.
2. Suasana pembelajaran dan persekitaran yang kondusif disediakan.
3. Sistem pengurusan yang efektif dan kompetitif untuk melahirkan staf yang komited dan graduan yang berketrampilan.
4. Pensijilan dianugerahkan dalam tempoh yang ditetapkan setelah memenuhi semua syarat.
5. Sumber tenaga kerja separa professional yang dilahirkan berasaskan teknologi selaras dengan wawasan Negara.

VISI
Membangun insan yang berkemahiran, berinovasi dan berintegriti berasaskan pendidikan holistik.

MISI
Institusi pilihan dalam bidang Kejuruteraan Petrokimia serta Teknologi Kimia dan Makanan di rantau Asia Tenggara.

OBJEKTIF KUALITI

KECEMERLANGAN AKADEMIK
1. Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90%.
2. Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar lulus mencapai PNM 3.00 untuk setiap program bagi setiap semester.
3. Berusaha memastikan 95% pelajar lulus kokurikulum bagi setiap semester.

KECEMERLANGAN STAF
1. Memastikan staf  menghadiri kursus / menjalani latihan  selama 10 hari setahun.
2. Melaksanakan sekurang-kurangnya 85% daripada program di dalam Jadual Perancangan Latihan Staf setahun.

KECEMERLANGAN PROSES
Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.