Jabatan Pengajian Am

PENGENALAN
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah merupakan jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab menyokong jabatan akademik induk dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping mendokong aspirasi dan sasaran Jabatan Pengajian Politeknik bagi melahirkan graduan yang berkualiti. Ianya mempunyai misi bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal dengan menawarkan kursus-kursus yang membantu pelajar dalam menaikkan mutu diri dan sahsiah serta membentuk peribadi bernilai tinggi. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris.

Jabatan Pengajian Am mempunyai misi penting yang untuk membantu melahirkan graduan serta tenaga kerja separa profesional yang berkeperibadian mulia dengan menerapkan nilai-nilai Islam, di samping membentuk sahsiah pelajar kearah menjadi insan yang berkualiti, profesional dan mempunyai nilai tambah, terutamanya bagi menyiapkan mereka bagi mengharungi zaman pekerjaan mereka nanti.


MISI
Meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


VISI
Membangunkan dan mengasah potensi pelajar secara holistik dan seimbang agar berkemampuan mempraktikkan pengetahuan sebagai amalan hidup yang baik.


OBJEKTIF
Melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, dan berakhlak mulia di sisi agama, moral dan kenegaraan serta berkeupayaan menguasai Bahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi yang berkesan di dalam suasana formal dan tidak formal selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia


KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
         1. Communicative English 1
         2. Communicative English 2
         3. Communicative English 3
         4. Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
         5. Komunikasi dan Penyiaran Islam
         6. Pengajian Malaysia
         7. Nilai Masyarakat Malaysia


CARTA ORGANISASI JABATAN PENGAJIAN AM PTSN