Unit Perhubungan Dan Latihan Industri

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) menyelaraskan semua aktiviti yang bersangkutan dengan latihan industri pelajar.

Fungsi-fungsi unit ini adalah:-

1) Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar.


2) Menyelaraskan lawatan penyelia ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan.

3) Bekerjasama dengan pihak penganjur latihan industri bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dalam latihan industri yang dijalani.


OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

1) Membina personaliti individu berkomunikasi dengan berkesan
2) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
3) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
4) Menghasilkan laporan latihan industri


BORANG-BORANG UNTUK LATIHAN INDUSTRI

1) Surat Lepas Tanggungan: http://122.129.121.214/upliv2/LIborang/lepasLI.pdf
2) Borang Jawapan: http://122.129.121.214/upliv2/LIborang/jawapanLI.pdf
3) Borang Biodata Dan Resume Pelajar: http://122.129.121.214/upliv2/LIborang/resumeLI.pdf