Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

PENGENALAN UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN (ULPL)

ULPL adalah unit yang berperanan untuk melaksanakan latihan (kursus/seminar/bengkel/taklimat) kepada staf Politeknik dan masyarakat luar sama ada dari sektor awam, swasta ataupun badan-badan tertentu serta individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang tertentu di mana kepakaran tersebut terdapat di Politeknik ini. ULPL bertanggungjawab di dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan justeru memastikan setiap kakitangan menjalani latihan sekurang-kurangnya 4 hari dalam setahun. Unit ini juga mengendalikan kursus-kursus di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Selain itu, ULPL juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Kecemerlangan Profesional (BKPro) seperti Kursus PPK, CPCM dan EEP sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf di setiap politeknik.


Objektif Unit Latihan & Pendidikan, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail adalah seperti berikut :-

1. Merancang, menguruskan dan melaksanakan latihan dalaman dan luaran kepada staf  serta  memastikan setiap staf menghadiri kursus 4 hari setahun
2. Merancang dan melaksanakan Program Latihan Sangkutan Pensyarah ke Industri  (SIP).
3. Menguruskan dan menyelaras Kursus Jangka Pendek dan Terlanggan di bawah Program Time Sector Privatisation (TSP) .
4.  Membantu menyelaras, merancang dan melaksanakan program-program anjuran Bahagian Kecemerlangan Profesional (BKPro),  Jabatan Pengajian Politeknik


ULPL terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian berkenaan ialah:

1. Bahagian Latihan Staf

Bahagian Latihan Staf bertanggungjawab dalam menguruskan latihan iaitu kursus dalaman, kursus luaran dan menyenggara data berkaitan latihan staf. Di samping itu juga ULPL dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan pensyarah ke Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) yang ingin meningkatkan kemahiran dan kompetensi masing-masing.

Latihan Dalaman

Latihan Luaran

Program Sangkutan Industri Pensyarah

Latihan yang dianjurkan oleh PTSN dengan tenaga pengajarnya samada di kalangan pegawai sendiri atau dari luar (meliputi kursus, seminar, bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmu dan simposium).

Latihan yang dihadiri oleh staf PTSN di luar organisasi seperti INTAN, MKM, CIAST dan lain-lain (meliputi kursus, seminar,bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmu dan simposium).

Program Sangkutan Industri Pensyarah(SIP) ini telah dikenalpasti sebagai program yang relevan untuk memperkasa kerjaya pensyarah di politeknik dan kolejkomuniti. Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmu teori tetapi juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi di sektor industri di samping memberi pendedahan kepada budaya kerja dalam pelbagai sektor di industri. Secara tidak langsung program ini telah memenuhi kehendak objektif Jabatan Pengajian Politeknik iaitu :

 

“to provide sufficient and competent staff”

“to produce quality graduates through dynamic and relevant educational and training programs in line with the needs of the industries and technology development”

 

2. Bahagian Penswastaan Sektor Masa (TSP)

Program TSP dilaksanakan di Politeknik Pagoh semenjak ia ditubuhkan. Ia merupakan program yang bertanggungjawab untuk menguruskan Program Terlanggan, menguruskan Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Program Jangka Pendek.

Program Jangka Pendek

Program Terlanggan

Kursus Secara Sambilan

Program Jangka Pendek ialah program yang dilaksanakan di antara politeknik dengan  industri dan pihak luar mengikut struktur yang ditetapkan oleh politeknik dalam memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat.

Program Terlanggan ialah program yang dilaksanakan mengikut keperluan pihak industri sepenuhnya. Tenaga pengajar terdiri daripada pihak industri dan juga institusi yang berkenaan. Peserta yang dipilih adalah dari kalangan kakitangan industri yang memerlukan latihan yang berkenaan. Kemudahan seperti peralatan asal dan bengkel akan disediakan oleh politeknik.

Program Kursus Secara Sambilan (KSS) merupakan salah satu cabang di bawah program TSP (Time Sector Privatisation). KSS memberi laluan kepada graduan Sijil Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia dan SPM/SPM(V). KSS merupakan semua program akademik yang diluluskan oleh Lembaga Kurikulum Pengajian dan Program Latihan di Politeknik dan dilaksanakan di luar waktu pejabat iaitu pada hari Sabtu (kuliah bermula selepas jam 2.00 petang ) dan hari Ahad (pagi hingga petang). Program yang ditawarkan meliputi program diploma bagi ambilan SPM, Sijil Politeknik dan Sijil Kemahiran. Tempoh Pengajian adalah 10 semester (4 tahun). Proses pemilihan dan penentuan calon akan dilaksanakan oleh politeknik berkenaan yang menawarkan program KSS. Kurikulum bagi program KSS adalah sama dengan kurikulum yang digunakan oleh Program Sepenuh masa. Sesi akademik bagi program KSS dibahagikan kepada 3 semester iaitu sesi Disember, Mei dan Julai. Setiap kursus mempunyai mata kredit yang sama seperti diamalkan oleh Program sepenuh masa. Pelajar dikehendaki memperolehi mata kredit yang secukupnya bagi tujuan penganugerahan diploma iaitu anggaran mata kredit di antara 90 hingga 98 mata kredit.

 

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :
Ketua Unit  ULPL
En. Hairizza bin Kosnan
No. Tel : 06-974 2213       Fax. No: 06-974 2395

CARTA ORGANISASI ULPL