Sports, Co-Curiculum & Culture

LATAR BELAKANG

Unit Sukan PTSN adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti dan  kemudahan sukan kepada pelajar dan staf di politeknik. Kemudahan sukan yang  terdapat di Eduhub pagoh yang dikongsi bersama PTSN Komplek Sukan Gunasama (shared Facility) ( Gelanggang padang bola, hoki, rugby,trek olahraga, kolam renang saiz Olimpik, kolam terjun, padang Lawn Bawl) dan gelanggang-gelanggang permainan lain.

VISI

Visi Unit Sukan PTSN adalah untuk mempromosikan nama Politeknik Tun Syed Nasir melalui kecemerlangan sukan.

MISI

Misi Unit Sukan PTSN adalah merancang serta memberi perkhidmatan aktiviti sukan sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri pelajar. 

OBJEKTIF

Unit Sukan PTSN telah menggariskan empat objektif untuk mencapai matlamatnya, iaitu:

1.      Menyedia serta menyelaras program penggalakkan dan pembudayaan sukan seiring dengan dasar sukan IPT.
2.      Membentuk atlet Politeknik yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju.
3.      Membangunkan sumber manusia berkaitan dengan sukan serta persekitaran sukan yang cemerlang.
4.      Menguruskan sumber Unit Sukan secara cekap dan berkesan.

FUNGSI UNIT SUKAN KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN

· Menyediakan atlet bagi sesuatu kejohanan atau pertandingan
· Mengelola kejohanan sukan peringkat dalaman dan Politeknik KPTM
· Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan pembudayaan sukan serta latihan sukan.
· Mengurus tadbir kemudahan dan peralatan sukan.


Unit Kokurikulum

Komponen Ko-kurikulum di Politeknik Tun Syed Nasir secara umumnya dipecahkan kepada berikut:-

1.      Sukan (DRS)
2.      Kelab (DRK)
3.      Unit Beruniform (DRB)

Pelajar diberi peluang memilih Laluan 1 iaitu Sukan dan Kelab ataupun Laluan 2 iaitu Unit Beruniform seperti gambarajah dibawah:-

Unit Ko-kurikulum menawarkan pilihan kursus-kursus seperti berikut:-

Unit Sukan

Unit sukan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembangunan atlet bagi penyertaan Kejohanan Majlis Sukan Politeknik, jemputan IPT, terbuka dan sebagainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2017.

 

Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun 2017:-

1. Karnival Sukan dan kokurikulum PTSN (KSKPTSN 17)
2. Kejohanan Futsal PTSN dan Eduhub Pagoh 2017
3. Pertandingan Memanah Eduhub 2017
4. Pertandinagn badminton Antara Jabattan PTSN

5. Kejohana Bolasepak 9s-Piala Pengarah PTSN

6. Karnival Sukan Sunnah PTSN (KESSUA 2017)

7. Sambutan Hari Sukan Negara 2017

8. Misi tawan Gunung Angsi 2017
 


Unit Kebudayaan

 

Unit Kebudayaan bertanggungjawab mencari bakat baru dalam bidang kesenian dan kebudayaan seperti tarian, nyayian, teater dan permainan alatan muzik. Unit ini juga bertanggungjawab mengurus dan menyediakan pelajar bagi penyertaan persembahan dan pertandingan di dalam dan luar Politeknik.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2017:-

1. Persembahan kebudayaan Sempena Malam Anugerah Cemerlang

2. Kompang Sempena Maulidur Rasul 



CARTA ORGANISASI USKK PTSN